Pemasaran Strategik
Wednesday, 12 October 2016
STRATEGI
PERLETAKAN HARGA
Penetapan harga
menrupakan salah satu elemen yang terdapat dalam campuran pemasaran yang
berkenaan dengan kebijakan strategi dan taktik mengenai tingkat harga, struktur
diskaun dan syarat pembayaran.
Objektif – objektif perletakan harga
- § Dijangkakan untuk mencapai objektif tertentu.
- § Objektif – objektif perletakan harga berbeza bergantung kepada faktor-faktor semasa yang wujud seperti kepadatan persaingan, keadaan ekonomi dan lain-lain.
- § Harga yang tinggi mungkin ditetapkan bagi memulihkan pelaburan ke atas produk baru manakala harga yang rendah mungkin digunakan untuk mendapatkan kedudukan pasaran, mengalakkan persaingan baru atau menarik perhatian pembeli-pembeli baru.
Antara contoh objektif-objektif
perletakan harga yang sering digunapakai :-
- § Mendapatkan kedudukan pasaran dengan perletakan harga yang rendah diguna bagi memperolehi jualan dan saham pasaran
- § Mencapai prestasi kewangan dengan harga yang dipilih bagi menyumbang kepada objektif-objektif kewangan seperti keuntungan dan aliran tunai. Perletakan harga yang terlalu tinggi mungkin tidak akan menarik minat pembeli.
- § Pemposisian produk yang mana harga mungkin digunakan bagi meningkatkan imej produk, mempromosikan kegunaan produk, mencipta kesedaran dan objektif-objektif lain pemposisian . Kebolehnampakan harga mungkin akan menyumbang kepada kecekapan komponen-komponen lain pemposisian seperti pengiklanan.
- § Merangsang permintaan dengan harga telah digunakan bagi mengalakkan para pembeli membeli produk baru atau memupuk kesetiaan kepada jenama-jenama yang sedia ada ketika tempoh jualan semakin perlahan.
- § Mempengaruhi persaingan dengan menggunakan objektif bagi tindakan perletakan harga untuk mempengaruhi persaing-persaing sedia ada ataupun yang berpotensi.
Ada
banyak tujuan dalam penetapan harga produk sebelum memasuki pasaran dan
berkemungkinan untuk menembusi pasaran baru atau mempercepatkan kemasukan
aliran tunai, memenuhi target jualan mahupun mempromosi produk. Penetapan harga
perlu dilakukan sejak awal kerana menrupakan satu fungsi penting dalam
pemasaran.
PENGENALAN DAN PERANAN STRATEGIK HARGA
PENGENALAN
Kebanyakkan firma mengalami satu cabaran yang besar iaitu dari segi penentepan harga produk yang ingin dipasarkan. Pembentukan semula peraturan dalam sesetengah pasaran, semakin ramai pembeli yang bermaklumat, persaingan global yang sengit, pertumbuhan yang perlahan bagi sesetengah pasaran kesan dari kemelesetan ekonomi dan inflasi, dan peluang untuk firma-firma mengukuhkan kedudukan pasaran mereka. Harga merupakan unsur yang boleh mempengaruhi prestasi kewangan secara langsung dan merupakan pengaruh penting ke atas pemposisian jenama-jenama pembeli. Tingkat harga yang ditetapkan mempengaruhi kuantiti barangan yang dijual.
PERANAN STRATEGIK HARGA
Di sesetengah syarikat,harga memainkan satu peranan yang dominin dalam strategi pemasaran. Manakala dalam situasi lain, harga akan memainkan peranan yang lebih pasif. Antara panduan strategi harga dan promosi ialah sasaran pasaran, strategi pemposisian dan juga strategi produk. Di samping itu, ahli yang terlibat dengan rantaian nilai akan membantu mewujudkan julat harga yang munasabah. Apabila sebuah organisasi membentuk satu jaringan pengedaran baru, pemilihan bagi saluran dan orang-orang tengah mungkin berdasarkan strategi harga.
Analisis Pesaing
ANALISIS
PESAING



Objektif
perletakan harga

Subscribe to:
Posts (Atom)