PENGENALAN
DAN PERANAN STRATEGIK HARGA
PENGENALAN
Kebanyakkan firma
mengalami satu cabaran yang besar iaitu dari segi penentepan harga produk yang
ingin dipasarkan. Pembentukan semula peraturan dalam sesetengah pasaran,
semakin ramai pembeli yang bermaklumat, persaingan global yang sengit, pertumbuhan
yang perlahan bagi sesetengah pasaran kesan dari kemelesetan ekonomi dan
inflasi, dan peluang untuk firma-firma mengukuhkan kedudukan pasaran mereka.
Harga merupakan unsur yang boleh mempengaruhi prestasi kewangan secara langsung
dan merupakan pengaruh penting ke atas pemposisian jenama-jenama pembeli. Tingkat
harga yang ditetapkan mempengaruhi kuantiti barangan yang dijual.
PERANAN
STRATEGIK HARGA
Di sesetengah
syarikat,harga memainkan satu peranan yang dominin dalam strategi pemasaran.
Manakala dalam situasi lain, harga akan memainkan peranan yang lebih pasif.
Antara panduan strategi harga dan promosi ialah sasaran pasaran, strategi
pemposisian dan juga strategi produk. Di samping itu, ahli yang terlibat dengan
rantaian nilai akan membantu mewujudkan julat harga yang munasabah. Apabila
sebuah organisasi membentuk satu jaringan pengedaran baru, pemilihan bagi
saluran dan orang-orang tengah mungkin berdasarkan strategi harga.
No comments:
Post a Comment