10.0 POLISI PERLETAKAN HARGA DAN PENENTUAN HARGA.
10.1 PENETUAN HARGA.
Penentuan
harga ialah sejenis bayaran yang dikenakan oleh firma kepada pengguna diatas
setiap produk yang berbentuk barangan dan perkhidmatan. Bayaran tersebut
berbentuk wang tunai yang digunakan sebagai alat pertukaran untuk pengguna
mendapatkan barang atau perkhidmatan yang dikehendaki. Oleh itu, terdapat
beberapa faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi firma dalam penentuan
harga.
Faktor-faktor dalaman dalam
penentuan harga.
o
Factor dalam yang memaikan peranan yang terlibat
di dalam sesebuah firma dalam menentukan harga terhadap produk keluaran mereka
adalah untuk memaksimumkan keuntungan mereka. Hal ini kerana, firma akan
mengalami kerugian sekiranya kos pengeluaran mereka lebih tinggi daripada
keuntungan.
o
Faktor dalaman yang kedua pula ialah untuk
memastikan kepimpinan syer pasaran firma menguasai pasaran. Hal ini kerana,
sekiranya syer pasaran firma tinggi daripada kos pengeluaran, firma dapat
memaksimumkan keuntungan dan menguasai pasaran.
o
Faktor dalaman yang ketiga pula adalah
pertimbangan organisasi dalam menentukan harga. Hal ini kerana, Sesebuah firma
terpaksa mengambil kira keadaan pasaran produk berdasarkan kesangupan pembeli
dalam membeli produk yang ditawarkan.
Faktor luaran yang mempengaruhi
penentuan harga.·
Persaingan tulen ialah dimana firma terpaksa
bersaing dengan firma yang lain yang mana mengeluarkan produk yang sama. Halini
menyebabkan firma terpaksa meletakan harga berdasarkan pasaran. Sekiranya firma
meletakan harga yang tinggi, pengguna akan membeli produk yang dikeluarkan oleh
pesaing.
· Faktor luaran yang lain pula ialah tanggapan
pengguna terhadap harga yang dikenakan oleh firma. Sekiranya harga yang
dikenakan oleh firma adalah tinggi maka pengguna akan berfikir dua kali untuk
membeli yang mana boleh menyebabkan firma mengalami kerugian.
Polisi penentuan harga.
·
Perbezaan dalam nilai matawang diantara sesebuah
negara dan negara lain juga menyebabkan harga produk berbeza. Hal ini
menyebabkan pengguna akan mendapati harga yang dikenakan oleh firma berbeza
disebabkan oleh ekonomi tempatan
·
Disamping itu, duti cukai yang tinggi dikenakan
oleh kerajaan di sesebuah negara juga memainkan peranan yang penting dalam
penentuan harga. Hal ini kerana cukai yang tinggi akan menyebabkan kos
pengeluaran meningkat yang akhirnya menyumbang kepada peningkatan harga produk
keluaran firma.
No comments:
Post a Comment