STRATEGI
PERLETAKAN HARGA
Penetapan harga
menrupakan salah satu elemen yang terdapat dalam campuran pemasaran yang
berkenaan dengan kebijakan strategi dan taktik mengenai tingkat harga, struktur
diskaun dan syarat pembayaran.
Objektif – objektif perletakan harga
- § Dijangkakan untuk mencapai objektif tertentu.
- § Objektif – objektif perletakan harga berbeza bergantung kepada faktor-faktor semasa yang wujud seperti kepadatan persaingan, keadaan ekonomi dan lain-lain.
- § Harga yang tinggi mungkin ditetapkan bagi memulihkan pelaburan ke atas produk baru manakala harga yang rendah mungkin digunakan untuk mendapatkan kedudukan pasaran, mengalakkan persaingan baru atau menarik perhatian pembeli-pembeli baru.
Antara contoh objektif-objektif
perletakan harga yang sering digunapakai :-
- § Mendapatkan kedudukan pasaran dengan perletakan harga yang rendah diguna bagi memperolehi jualan dan saham pasaran
- § Mencapai prestasi kewangan dengan harga yang dipilih bagi menyumbang kepada objektif-objektif kewangan seperti keuntungan dan aliran tunai. Perletakan harga yang terlalu tinggi mungkin tidak akan menarik minat pembeli.
- § Pemposisian produk yang mana harga mungkin digunakan bagi meningkatkan imej produk, mempromosikan kegunaan produk, mencipta kesedaran dan objektif-objektif lain pemposisian . Kebolehnampakan harga mungkin akan menyumbang kepada kecekapan komponen-komponen lain pemposisian seperti pengiklanan.
- § Merangsang permintaan dengan harga telah digunakan bagi mengalakkan para pembeli membeli produk baru atau memupuk kesetiaan kepada jenama-jenama yang sedia ada ketika tempoh jualan semakin perlahan.
- § Mempengaruhi persaingan dengan menggunakan objektif bagi tindakan perletakan harga untuk mempengaruhi persaing-persaing sedia ada ataupun yang berpotensi.
Ada
banyak tujuan dalam penetapan harga produk sebelum memasuki pasaran dan
berkemungkinan untuk menembusi pasaran baru atau mempercepatkan kemasukan
aliran tunai, memenuhi target jualan mahupun mempromosi produk. Penetapan harga
perlu dilakukan sejak awal kerana menrupakan satu fungsi penting dalam
pemasaran.
No comments:
Post a Comment