Wednesday, 12 October 2016

PEMILIIHAN STRATEGI PERLETAKAN HARGA


Harga dalam Strategi Pemposisian



STRATEGI PERLETAKAN HARGA


Penetapan harga menrupakan salah satu elemen yang terdapat dalam campuran pemasaran yang berkenaan dengan kebijakan strategi dan taktik mengenai tingkat harga, struktur diskaun dan syarat pembayaran.


Objektif – objektif perletakan harga
  • §  Dijangkakan untuk mencapai objektif tertentu.
  • §  Objektif – objektif perletakan harga berbeza bergantung kepada faktor-faktor semasa yang wujud seperti kepadatan persaingan, keadaan ekonomi dan lain-lain.
  • §  Harga yang tinggi mungkin ditetapkan bagi memulihkan pelaburan ke atas produk baru manakala harga yang rendah mungkin digunakan untuk mendapatkan kedudukan pasaran, mengalakkan persaingan baru atau menarik perhatian pembeli-pembeli baru.



Antara contoh objektif-objektif perletakan harga yang sering digunapakai :-
  • §  Mendapatkan kedudukan pasaran dengan perletakan harga yang rendah diguna bagi memperolehi jualan dan saham pasaran
  • §  Mencapai prestasi kewangan dengan harga yang dipilih bagi menyumbang kepada objektif-objektif kewangan seperti keuntungan dan aliran tunai. Perletakan harga yang terlalu tinggi mungkin tidak akan menarik minat pembeli.
  • §  Pemposisian produk yang mana harga mungkin digunakan bagi meningkatkan imej produk, mempromosikan kegunaan produk, mencipta kesedaran dan objektif-objektif lain pemposisian . Kebolehnampakan harga mungkin akan menyumbang kepada kecekapan komponen-komponen lain pemposisian seperti pengiklanan.
  • §  Merangsang permintaan dengan harga telah digunakan bagi mengalakkan para pembeli membeli produk baru atau memupuk kesetiaan kepada jenama-jenama yang sedia ada ketika tempoh jualan semakin perlahan.
  • §  Mempengaruhi persaingan dengan menggunakan objektif bagi tindakan perletakan harga untuk mempengaruhi persaing-persaing sedia ada ataupun yang berpotensi.


Ada banyak tujuan dalam penetapan harga produk sebelum memasuki pasaran dan berkemungkinan untuk menembusi pasaran baru atau mempercepatkan kemasukan aliran tunai, memenuhi target jualan mahupun mempromosi produk. Penetapan harga perlu dilakukan sejak awal kerana menrupakan satu fungsi penting dalam pemasaran.

Peranan Perletakan Harga



Objektif-Objektif Perletakan Harga

Definisi

Objektif  perletakan harga menerangkan faktor-faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi harga serta kaedah-kaedah penentuan harga.





PENGENALAN DAN PERANAN STRATEGIK HARGA


PENGENALAN

Kebanyakkan firma mengalami satu cabaran yang besar iaitu dari segi penentepan harga produk yang ingin dipasarkan. Pembentukan semula peraturan dalam sesetengah pasaran, semakin ramai pembeli yang bermaklumat, persaingan global yang sengit, pertumbuhan yang perlahan bagi sesetengah pasaran kesan dari kemelesetan ekonomi dan inflasi, dan peluang untuk firma-firma mengukuhkan kedudukan pasaran mereka. Harga merupakan unsur yang boleh mempengaruhi prestasi kewangan secara langsung dan merupakan pengaruh penting ke atas pemposisian jenama-jenama pembeli. Tingkat harga yang ditetapkan mempengaruhi kuantiti barangan yang dijual.


PERANAN STRATEGIK HARGA

Di sesetengah syarikat,harga memainkan satu peranan yang dominin dalam strategi pemasaran. Manakala dalam situasi lain, harga akan memainkan peranan yang lebih pasif. Antara panduan strategi harga dan promosi ialah sasaran pasaran, strategi pemposisian dan juga strategi produk. Di samping itu, ahli yang terlibat dengan rantaian nilai akan membantu mewujudkan julat harga yang munasabah. Apabila sebuah organisasi membentuk satu jaringan pengedaran baru, pemilihan bagi saluran dan orang-orang tengah mungkin berdasarkan strategi harga.



Analisis Pesaing




ANALISIS PESAING
*     Menentukan firma-firma manakah yang menunjukkan persaingan yang paling nyata kepada  pembeli dalam sasaran pasaran yang dipertimbangkan

*     Bagaimanakah firma-firma yang bersaing diposisikan berdasarkan harga dan sejauh mana harga digunakan sebagai suatu bahagian aktif dalam strategi-strategi pemasaran mereka

*       Sejauh manakah kejayaan strategi perletakan harga setiap firma

*     Tindakbalas-tindakblas yang mungkindari pesaing-pesaing utama terhadap alternative strategi-strategi harga

         Objektif perletakan harga

*   Objektif-objektif pengurusan akan memberi kesan kepada tahap fleksibiliti perletakan harga dan perlu dimasukkan sebagai bahagian akhir dalam menganalisa situasi perletakan harga.

POLISI PERLETAKAN HARGA DAN PENENTUAN HARGA.

10.0 POLISI PERLETAKAN HARGA DAN PENENTUAN HARGA.
10.1 PENETUAN HARGA.
                Penentuan harga ialah sejenis bayaran yang dikenakan oleh firma kepada pengguna diatas setiap produk yang berbentuk barangan dan perkhidmatan. Bayaran tersebut berbentuk wang tunai yang digunakan sebagai alat pertukaran untuk pengguna mendapatkan barang atau perkhidmatan yang dikehendaki. Oleh itu, terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi firma dalam penentuan harga.
Faktor-faktor dalaman dalam penentuan harga.
o   Factor dalam yang memaikan peranan yang terlibat di dalam sesebuah firma dalam menentukan harga terhadap produk keluaran mereka adalah untuk memaksimumkan keuntungan mereka. Hal ini kerana, firma akan mengalami kerugian sekiranya kos pengeluaran mereka lebih tinggi daripada keuntungan.
o   Faktor dalaman yang kedua pula ialah untuk memastikan kepimpinan syer pasaran firma menguasai pasaran. Hal ini kerana, sekiranya syer pasaran firma tinggi daripada kos pengeluaran, firma dapat memaksimumkan keuntungan dan menguasai pasaran.
o   Faktor dalaman yang ketiga pula adalah pertimbangan organisasi dalam menentukan harga. Hal ini kerana, Sesebuah firma terpaksa mengambil kira keadaan pasaran produk berdasarkan kesangupan pembeli dalam membeli produk yang ditawarkan.
Faktor luaran yang mempengaruhi penentuan harga.·           

Persaingan tulen ialah dimana firma terpaksa bersaing dengan firma yang lain yang mana mengeluarkan produk yang sama. Halini menyebabkan firma terpaksa meletakan harga berdasarkan pasaran. Sekiranya firma meletakan harga yang tinggi, pengguna akan membeli produk yang dikeluarkan oleh pesaing.
·        Faktor luaran yang lain pula ialah tanggapan pengguna terhadap harga yang dikenakan oleh firma. Sekiranya harga yang dikenakan oleh firma adalah tinggi maka pengguna akan berfikir dua kali untuk membeli yang mana boleh menyebabkan firma mengalami kerugian.

Polisi penentuan harga.
·        
       Perbezaan dalam nilai matawang diantara sesebuah negara dan negara lain juga menyebabkan harga produk berbeza. Hal ini menyebabkan pengguna akan mendapati harga yang dikenakan oleh firma berbeza disebabkan oleh ekonomi tempatan

·         Disamping itu, duti cukai yang tinggi dikenakan oleh kerajaan di sesebuah negara juga memainkan peranan yang penting dalam penentuan harga. Hal ini kerana cukai yang tinggi akan menyebabkan kos pengeluaran meningkat yang akhirnya menyumbang kepada peningkatan harga produk keluaran firma.